Kesan Kesihatan Santan

coconut milk, canned, 20-22% fat level
Nilai pemakanan per hidangan
Saiz hidangan100 g
Tenaga824 kJ (197 kcal)
Karbohidrat2.81 g
Lemak21.33 g
- tepu18.915 g
- monotaktepu0.907 g
- politaktepu0.233 g
Protein2.02 g
Air72.88 g
Vitamin C1 mg (1%)
Kalsium18 mg (2%)
Besi3.30 mg (25%)
Magnesium46 mg (13%)
Fosforus96 mg (14%)
Kalium220 mg (5%)
Natrium13 mg (1%)
Zink0.56 mg (6%)
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Salah satu dari komponen utama santan merupakan minyak kelapa, yang Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat,[5] Badan Kesihatan Sedunia,[6] International College of Nutrition,[7] Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat (United States Department of Health and Human Services),[8] American Dietetic Association,[9] Persatuan Jantung Amerika,[10] Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan British,[11] dan Permakanan kanada (“Dietitians of Canada”)[9] mencadangkan pengambilannya dikurangkan dengan banyak disebabkan kandungan lemak tepunya yang tinggi.

Santan mengandungi sejumlah besar asid laurik, lemak tepu yang meningkatkan tahap kolesterol dalam darah dengan meningkatkan jumlah kolesterol lipoprotein padat (“high-density lipoprotein”) [12] yang juga terdapat dalam jumlah yang banyak pada susu badan dan rembesan kelenjar sebaceous.[13] Ini mungkin memberikan profil kolesterol darah yang lebih baik, sungguhpun ia tidak jelas sekiranya minyak kelapa mungkin menggalakkan atherosclerosis melalui laluan yang lain.[12] Disebabkan kebanyakan lemak tepu dalam minyak kelapa adalah dalam bentuk asid lauric, minyak kelapa adalah pilihan lebih baik berbanding minyak sayuran dihidrogenated sapara bagi menghasilkan lemak pepejal.[14] Tambahan lagi, minyak kelapa dara terdiri kebanyakannya dari jaringan serdahana triglycerides (“medium-chain triglycerides”),[15] yang mungkin tidak memiliki risiko yang sama berbanding lemak tepu yang lain.[14][16] Kajian awal mengenai kesan kesihatan minyak kelapa telah menggunakan minyak kelapa dihidrogenate separa, yang menghasilkan lemak trans, dan bukannya minyak kelapa dara, yang memiliki profil risiko kesihatan yang berbeza.[17]

Santan adalah kaya dengan asid lemak rantaian serdahana (medium-chain fatty acid - MCFAs), yan mana diproses oleh badan dengan cara berbeza dari lemak tepu yang lain. MCFAs boleh membantu menggalakkan pengekalan berat tanpa meningkatkan kadar kolesterol.[18]